Monday, 18 June 2012

EXAM DAN TEST dari ALLAH



Ketika ini aku sedang menyiapkan tugasan paper research and proposal aku yang bertajuk "Athletes awareness about Drug Abuse among Proffesional athletes"..Biasalah nak FINAL EXAM ni, semua kena settle... Tapi bukan ini sebenarnya topik yang aku nak kongsikan dengan antum semua saudaraku sekalian. tapi tentang EXAM yang lebih besar iaitu EXAM Allah SWT. Aku teringat ada seorang pakcik di kampung berjumpa dengan ku selepas majlis pengebumian anaknya dan bertanya, "Hadhari, pakcik bukan nafikan yang kita kena beriman dengan ketentuan Allah dan bersabar.. cuma pakcik tak tahan sebab dah jatuh ditimpa tangga.. Bulan lepas bendang (sawah) pakcik habis diserang ulat dan padi angin.. lepas tu isteri pakcik sakit kena operation.. sekarang Allah sayangkan anak pakcik dan ambil dia pula.."... Ermmm soalan yang bagus.. Kalau anda yang menghadapi situasi yang pakcik ni rasa macamana??
 
Baik, Aku bukanlah pandai sangat pun.. tapi sekadar ilmu yang ada sikit dalam otak milik Allah ni aku terus kongsikan pada pakcik tu.. Aku terus petik sirah Rasulullah SAW. Saya nak tanya pada anda semua.. jika anda ada kekasih, adakah anda sanggup bagi susah dan payah pada kekasih anda??.. sanggup ke anda susahkan dia sehingga dia mengalirkan air mata??. Malah, sanggup ke anda sakitkan hati bapa saudara atau mak saudara, atau mak dan ayah dia??.. ISHHH Impossible kan??.. dah sayang mestila tak nak tengok kekasih pujaan hati susah sampai tahap macam tu kan??.. Rakan sekalian, TAPI Allah SWT mengangkat MUHAMMAD BIN ABDULLAH sebagai 'HABIBULLAH' apa maksudnya??.. ialah "KEKASIH ALLAH".... Walaupun Rasulullah tidak penah buat dosa pada Allah, malah bawa risalah dan wahyu dari Allah.. Allah bagi ujian yang terdiri dari macam-macam ujian.. Nak tau apa??.. Saya rasa kalau kita hadapi apa yang Rasulullah hadapi confirm surrender. hehehe.. Antaranya ialah:

1. Lahir dan membesar di dunia tanpa ibu dan bapa
2. Pemulauan dari masyarakat setempat termasuklah dalam hal jual beli perniagaan dan hubungan sosial
3. Dituduh sebagai pengkhianat masyarakat dan negara
4. Dituduh sebagai Ahli Sihir dan wajib dibunuh
5. Dituduh sebagai orang gila atau tidak siuman (peristiwa Israk Mi`raj)
6. Kehilangan Isteri yang disayangi, Khadijah Ummul Mukminin dan satu-satunya pelindung diri yakni bapa          saudaranya, Abu Talib. (peristiwa tahun kesedihan)
7. Dibaling batu dan najis ketika bersama Zaid bin Haritsah (peristiwa di Thaif)
8. Pipi tertusuk tombak tentera kafir (peristiwa perang Uhud)
9. Aisyah Ummul Mukminin dituduh berzina
10. Dikejar Quraisy yang mahu membunuh Rasulullah (Peristiwa Hijrah)

Yang saya senaraikan tadi baru 10.. Ada banyak lagi ujian berat yang Rasulullah hadapi... Pelik tak?. Rasulullah Kekasih Allah tapi Allah bagi ujian macam-macam.. Kalau kita, sanggup ke nak susahkan kekasih kita??. Inilah yang dipanggil Suatu contoh buat kita supaya kita kenal bahawa kita hamba Allah.. Jika kita beriman dengan Allah CONFIRM Allah akan bagi ujian dan cabaran buat kita. Sebab tu la kita kena jadikan Rasulullah sebagai misal, Role Model, atau contoh terbaik "Uswatun Hasanah". Sebenarnya ia bukanlah ujian semata-mata tetapi ia adalah KURNIA bagi Allah menyaksikan sendiri sejauh mana Iman kita.

Firman Allah SWT dalam Al Quran:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya    tentang orang-orang yang berdusta". (Al-Ankabut: 2-3)

Ayat ni sah-sah membuktikan yang kalau kita mengaku beriman kita akan diuji keimanan kita.. Tapi Ujian ni perkara yang susah saje ke Hadhari??.. Eh tak... jangan sangka lagu tu naa.. hehehe.. Cuba kita lihat antara punca kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyah di Turki.. apa sebabnya??.. Selain dari perancangan Mustapha Kamal Attarturk, Empayar Khilafah Islam ketika itu juga jatuh kerana Allah kurniakan ujian kemewahan harta, takhta, dan wanita kepada para pembesar ketika tu.. Wahhh, senang lenang tu pun ujian ke???.. Mestila rakan-rakan sekalian.. Ketika senang, Allah nak tengok sama ada kita ingat atau tak kepadaNya??.. Ingat tak Halal Haram yang telah ditentukannya??, Ingat ke tak kita kepada RasulNya??, lidah kita masih sebut namaNya atau tak??, dan masihkah sudi kita rukuk dan sujud 5 kali sehari kepadaNya??...... Kalau tak, Kita FAIL dan bencana lah yang akan melanda.. kalau tak di dunia, di akhirat kelak.. PASTI!!

Antara dalil Allah menyayangi Allah mengasihi hamba-hambanya yang sabar:

Al Quran:

“Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Muhammad : 31)

“Mohon pertolonganlah kamu sekalian dengan sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah:153)

“Sungguh akan Kami berikan cubaan (ujian) kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah:155)

Hadis:

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “  Hadith riwayat Imam Tirmizi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”  Hadith riwayat Imam Tirmizi



Sunday, 17 June 2012

Bersyukurlah kerana kita Islam

Apabila aku minum air soya tadi, aku fikir... Soya dan Susu warnanya sama, kalau diletakkan di dalam gelas.. orang tidak dapat membezakannya. Namun apabila merasa, baru orang tahu beza antara susu dan soya. Mesti soalan ini bermain di fikiran anda>> "emm, ape ke jadahnya Si Hadhari ni tulis tentang soya dan susu???".. baik, ini yang saya nak bagitau sebenarnya...


Kita sangat beruntung kerana kita dilahirkan dari ibubapa kita yang asalnya beragama Islam. Maksudnya automatik kita akan diasuh dan dididik sejak kecil sampai besar dengan agama Islam oleh ibu dan bapa. Kalau tak solat memang MENDAPAT!!. Kemudian setelah kita dah tiba masa akan berkahwin dengan pilihan hati kita yang juga beragama Islam dan kita akan melahirkan zuriat-zuriat Islam pula. Betul kan?


Tapi adakah anda mampu bayangkan (imagine) bagaimana orang yang dilahirkan bukan Islam tu dibesarkan dengan cara agama mereka sendiri, Christian, Hindu, Buddha dan lain-lain.. Kemudian setelah sampai satu tahap mereka mampu berfikir, mereka nampak SYIAR Islam itu.. mereka nampak kehebatan Islam, keunikan Islam, kelebihan Islam, keistimewaan Islam.. SUBHANALLAH... Lalu mereka memberanikan diri mereka berjumpa pihak jabatan agama dan mendapat sesi kaunseling. Akhirnya mereka memeluk agama Islam dan menjadi saudara baru kita.. Allah buka mata mereka.. bukan mata sahaja, malah pintu hati mereka sendiri untuk memeluk Islam.. MasyaAllah.. (Nak menangis rasa tulis ayat ni)..


Tetapi saya lebih sedih jika kita buka mata bersama apa yang berlaku pada zaman sekarang ni di sekeliling kita... APA YANG TERJADI PADA SAUDARA KITA YANG ISLAM SEJAK LAHIR??. Jangan terkejut apabila ramai generasi muda yang "Islam Warisan Turun temurun" ni menjadi pakar lumba haram, Mat Ganja, Penari Tiang, golongan gay, lesbian, pencuri, perompak, perogol, pengedar bahan lucah, BLACK METAL dan lain-lain... WAAH, Syabas kerana mereka telah membuktikan bahawa kualiti orang Islam warisan ini tidak setanding dengan Muallaf atau saudara baru kita yg saya sebut tadi. Adakah mereka puas hati dengan label 'ISLAM' yang ada pada mereka?. mungkin mereka rasa "Alaaahh.. releks la beb, kite da memang Islam kan?.. so kalau lu mati pun masuk neraka kejap je.. pastu last masuk syurga gak"... Come on la, Ingat Allah senang-senang nak bagi masuk syurga ke?... Meh sini saya bagi pembayang yang mudah sahaja..


Kita ambil satu contoh cerita, X merupakan kaki pukul, mat rempit dan kaki zina.. cakap je nama dia, memang semua kenal. Kalau bab solat, memang mitos la bagi dia. ketika dia dalam kesusahan wang, dia akan minta tolong dari bomoh siam utk dapatkan no ekor. then dia dapatkan tangkal untuk letak pada motor bagi memastikan dia menang dalam race haram (KONONNYE). bila menang dia dapat hadiah dengan dapat tidur dengan seorang awek ni. ditakdirkan Allah dia mati ketika tidur dengan awek sementara stok geli-geli dia tu. Satu soalan saya, walaupun mak bapak dia ustaz dan ustazah, Allah akan bagi syurga ke dengan apa yang dia lakukan???.. antara dosa yang dilakukannya ialah SYIRIK kepada Allah.. dan apabila syirik kepada Allah maka automatik terbatallah kalimah syahadahnya.. Pendek kata dia bukan lagi Islam sejati. SO, yakin ke dapat syurga last2 lepas masuk neraka??. Tu belum lagi dosa jika dia menderhaka dengan ibubapanya.. NAUZUBILLAHIMINZAALIK
















Allah SWT berfirman dalam Al Quran Al Karim:



Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (An Nisaa : ayat 136)
Tujuanku menulis disini bukanlah untuk mengutuk sesiapa.. akan tetapi cuba untuk menyedarkan diri kita bersama bahawa kita sangat bertuah kerana lahir sebagai orang Islam. Amat malu jika orang bukan Islam kini berpusu-pusu masuk Islam tetapi kita berpusu-pusu mahu keluar dari Siratal Mustaqim yang kita pohon 17 kali sehari dalam solat kita..
Jom kita tingkatkan iman kita kerana Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Tidak kiralah walau seorang ustaz atau Ulamak sekalipun.. tetap Iman seorang manusia. Jadikanlah ilmu itu benteng bagi kita menghindarkan diri dari murka Allah SWT.. akhir kalam, Assalamualaikum WBT








Aku menulis ikhlas kerana aku saudara mu..







KEPINCANGAN

Sambil aku online selepas membaca Kalamullah ni, aku teringat suatu perkara yang aku pernah tertanya-tanya dulu. Kenapa kini semakin maju sesebuah negara, semakin ramai rakyat negara tersebut makin lalai dari Allah SWT??. Ketika ku di Marhalah Sanawi Kolej Islam Antarabangsa Yala dulu, aku belajar mengenai ketamadunan Islam. Antara tamadun yang ku kagum ialah Bani Umaiyah dan Abbasiyah. Ketika itu kemajuan yang dicapai Islam seiring dengan akhlak rakyatnya. Apa bukti yang aku cakap ni??.. baik, jom kita flashback seketika...

Suatu ketika Islam melahirkan pakar-pakar yang amat membanggakan dalam pelbagai bidang.. Al-Khawarizmi, Ibnu Sina dan lain-lain. Ketika itu Daulah Islamiyah sangat maju kerana segala rahsia ilmu terkandung dalam Al Quran Al Karim di kaji dan diguna pakai oleh orang Islam sendiri. Namun kini, kita bangga dengan teknologi yang kita ada, namun semuanya adalah lahir dari orang asing yang mencedok ilmu dari Islam yang sebenarnya. Pendek kata aku berani kata kita dibayangi oleh kemajuan negara asing sebenarnya. Kini walaupun kita maju, akhlak remaja dan dewasa kita kian punah..

Aku terkejut semakin ramai orang Islam kini berpecah belah.. kalau aku bagi satu kenyataan ni memang agak kelakar, tapi sebenarnya realiti.. Nak tau ape?.. ada juga mak bapa sanggup cancelkan perkahwinan anak mereka hanya kerana berbeza fahaman politik... tu belum masuk bab ada segelintir ustaz yang ditangkap meraba pelajar, Ustaz terkenal berkhalwat di Hotel, Ustaz khalwat dengan pelajar sendiri dalam kereta kancil, dan ada orang berstatus Imam yang bersekedudukan dengan wanita bukan muhrimnya lebih dari 4 tahun dan telah lahirkan 2 anak luar nikah... ish ish ish.. pincang pincang pincang...

Aku risau ketika aku layak masuk Imam Muda 3 hari tu.. Memang aku gembira pada awalnya, tapi tanggungjawab seorang ikon agama bukan senang.. Setiap pertuturan dan gerak geri aku akan jadi perhatian.  Sebab ape?, skrg kan zaman fitnah yang tak kenal kau sape, ape pangkat kau, dan mane kau berada. FITNAH dah jadi macam sembang biasa je... Teruk betul. Tapi mungkin Allah tahu apa yang terbaik buat aku, aku terpaksa tarik diri saat akhir. Tapi aku berpegang satu sahaja, Imam bukan sekadar di TV, kalau kau lahir sebagai lelaki dan akan berkeluarga, AUTOMATIK kau adalah IMAM.. Inikan pula sesiapa yang dilantik jadi ketua dalam Masyarakat.. lagila besar tanggungjawabnya.. So, siapa yang nak famous dan gila jawatan tu, fahamlah macamana Allah akan tanya tanggungjawab tu di akhirat kelak..

Seorang Imam atau ustaz yang berkualiti bukanlah yang asyik berceramah atau di masjid dan di surau 24 jam. Seorang imam atau ustaz yang berkualiti ialah mereka yang fleksibel dengan masyarakat dan mampu menarik orang ramai dekat dengan Al Quran dan Sunnah dengan cara unik. Ini tak, asyik nak mengharap elaun kerajaan untuk imam, bilal dan AJK surau atau masjid naik je.. COME ON LA!!. Bagi aku, tak kisah la kau ada minat dengan band muzik, bolasepak, berlakon, bisnes atau apa sekalipun, jadikan semua tu platform untuk kau dekat dengan masyarakat untuk menyampaikan dakwah Islamiyah, dan jagalah batasnya mengikut Syariat. Jangan terlalu jumud.. itu tak boleh, ini tak boleh.. yang boleh, lepak di kedai kopi dari pagi sampai tengahari, balik tido, malam pegi surau atau masjid untuk cari kawan-kawan untuk sesi lepak seterusnya sambil tengok gusti atau bola di kedai kopi lagi selepas solat Isyak.. mana la generasi muda nak jadikan golongan berumur sebagai contoh kalau macam ni gayanya..



Sekarang ni pun kalau korang perasan, ada yang sanggup membenci ulamak.. sedangkan Rasulullah SAW banyak kali menegaskan bahawa "Al Ulamak Waraasatul Anbiya`".. iaitu "Ulamak pewaris nabi". kenapa masyarakat kini hilang hormat dengan para ulamak sedangkan satu hari nanti mereka akan pergi menghadap Ilahi jua?. sebab tu la aku yakin segala kepincangan yang berlaku dalam masyarakat sekarang ni adalah BALA dari Allah SWT.. Jadi apa nak dibangga jika kita hidup dalam keadaan tertekan?.. Apa nasib anak cucu kita suatu hari nanti??.. Tanyalah diri..


Aku Ikhlas menulis kerana aku saudaramu...


Saturday, 16 June 2012

Sebak rasa hati ini

Aku sebak melihat semakin ramai anak muda Melayu yang beragama Islam semakin hilang ilmu agama di dada mereka. Jika dahulu tiada teknologi moden, ramai anak muda / remaja masih pandai membaca Al Quran dan menghafal Al Quran.. Namun kini Al Quran itu seolah-olah jadi asing bagi mereka.. Kalau ikutkan hati, mahu setiap hari aku menangis kerana sedih atas nasib saudara seagama ku ini..

Aku kasihan melihat mereka sebenarnya. Apabila mereka mahu bertanya kepada golongan emas atau ustaz-ustaz.. mereka dihalau, dihina.. Aku faham, itulah yang buatkan mereka memberontak dan semakin benci pada golongan ustaz atau ulama`. Pendekatan yang digunakan ke atas mereka keras dan tidak langsung memahami jiwa mereka. Remaja mana suka dihina dan diherdik... Apabila bertanya dan mengharapkan jawapan yang bernas, jawapan yang diterima remaja-remaja ini ialah "Hang jangan banyak tanya, ikut saja", "Hang ni dah jauh dari Allah, Kesian Mak Bapak Hang", "Golongan macam hang ni, selagi tak ditarik nyawa, tak serik".. Kalau aku, aku pun akan sakit hati... Tak hairanlah banyak remaja yang hilang pedoman mewujudkan group Kelab Remaja Lesbian, Kelab Gay, Kelab Seks Bebas dalam laman-laman sosial, apabila si ramaja yang tidak matang dihina, maka pemberontakan mengikut hawa nafsu mereka akan berlaku..

Cuba kita lihat pendekatan Rasulullah SAW dalam sirahnya dahulu, Rasulullah bermula dengan dakwah secara senyap di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam. majoriti golongan yang mula-mula beriman dengan kalimah Tauhid yang dibawa Rasulullah ialah golongan hamba yang dipandang hina. Namun bagi Allah SWT iman mereka adalah mulia. Dalam kisah yang lain, Rasulullah SAW pergi berdakwah di Thaif dengan ditemani oleh seorang remaja yang bernama Zaid bin Haritsah. Ketika sampai di Thaif, baginda dibaling batu dan najis oleh penduduk Thaif.. anda semua tahu tak siapa yang menjadi pelindung / perisai Rasulullah ketika itu??, Zaid bin Haritsah itulah yang melindungi Rasulullah. Betapa kuatnya jiwa anak muda yang disinari kalimah Tauhid dan Iman. Tapi kenapa sekarang kita tak boleh lahirkan golongan muda yang mahu bersusah-susah demi agama, bangsa, dan negara seperti Zaid bin Haritsah?. Apa silapnya dan apa puncanya?.

Baru-baru ini aku dihubungi dalam laman sosial Facebook oleh seorang lelaki gay. Pada mulanya dia mahu mengajakku melakukan perkara maksiat, namun aku menolaknya dengan penuh ihsan. Akhirnya aku menggunakan pendekatan seorang sahabat dalam menyampaikan dakwah. Akhirnya dia banyak meminta nasihat daripadaku. Dalam sesi itu juga dia mengaku bahawa dia bencikan golongan yang berilmu agama di jumpanya kerana dihina dan dicerca tanpa niat untuk membimbing. Betul sangkaanku, kalau golongan yang berilmu atau yang bertitle "ustaz" merasakan diri mereka lebih baik atau mulia dari golongan yang sering melakukan kesilapan, Allah akan berikan bala rasa bongkak dan sombong dalam diri mereka. Siapa kita untuk ada sikit pun rasa MULIA atau BAIK??.. Sedangkan Rasulullah pun beribadat sehingga bengkak kakinya walau terang-terang bergelar KEKASIH ALLAH dan dah memang confirm MASUK SYURGA.

Kemudian, aku dihubungi pula oleh seorang anak muda yang mengaku bahawa dirinya telah setahun lebih masuk Syiah. Aku menangis.. air mata aku ini memang tak boleh control.. menitis.. Aku cuba sedaya upaya ku untuk kembalikan dia kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.. sehinggakan aku berjaya buktikan semua perkara yang dia mahu tahu bersumberkan Al Quran dan Hadis. namun kerana pegangannya terhadap akidah Syiah terlalu menebal, beliau menolak usahaku.. Aku tertanya-tanya mengapa dia jadi begini sedangkan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah dia dididik dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.. namun akhirnya tersungkur dari landasan yang sebenar. Di mana ustaz-ustaz?.. di mana Pihak bertanggungjawab?.. adakah sekadar ilmu yang ditimba di Mesir, Madinah, Pakistan, Yaman, atau mana-mana tempat yang famous itu sekadar untuk menjadi ustaz atau ustazah bagi mencari kerja sahaja??.. Adakah Persatuan Agama Islam yang berdaftar di Malaysia hanya menjalankan operasi berkala sahaja sedangkan kesesatan semakin berleluasa?

Aku sedih, Kita fokus membantu nasib umat Islam di Palestin yang perjuangkan Agama dan Tanah Air mereka sedangkan Umat Islam di Tanah Air sendiri semakin terhapus pegangan agamanya.. hilang golongan pewarisnya.. semakin ganjil agama bagi mereka

Aku sedih di kala kita sibuk berbalah mengenai fahaman politik.. itu tak betul, ini tak betul, hanya aku dan pengikutku betul.. tapi golongan muda kita tidak dibimbing dengan ilmu agama dengan selengkapnya.. Apabila melangkah masuk ke universiti, ilmu agama tidak lagi menjadi kewajipan bagi mereka...

Aku sedih apabila semua orang mengutuk sesama sendiri kau berdosa, aku berpahala, akan tetapi tiada inisiatif dari kita untuk membanteras judi, maksiat, dan riba di sekeliling kita...




Aku sedih.. aku sedih.. kerana aku saudaramu.. Wallahualam