Saturday, 16 June 2012

Sebak rasa hati ini

Aku sebak melihat semakin ramai anak muda Melayu yang beragama Islam semakin hilang ilmu agama di dada mereka. Jika dahulu tiada teknologi moden, ramai anak muda / remaja masih pandai membaca Al Quran dan menghafal Al Quran.. Namun kini Al Quran itu seolah-olah jadi asing bagi mereka.. Kalau ikutkan hati, mahu setiap hari aku menangis kerana sedih atas nasib saudara seagama ku ini..

Aku kasihan melihat mereka sebenarnya. Apabila mereka mahu bertanya kepada golongan emas atau ustaz-ustaz.. mereka dihalau, dihina.. Aku faham, itulah yang buatkan mereka memberontak dan semakin benci pada golongan ustaz atau ulama`. Pendekatan yang digunakan ke atas mereka keras dan tidak langsung memahami jiwa mereka. Remaja mana suka dihina dan diherdik... Apabila bertanya dan mengharapkan jawapan yang bernas, jawapan yang diterima remaja-remaja ini ialah "Hang jangan banyak tanya, ikut saja", "Hang ni dah jauh dari Allah, Kesian Mak Bapak Hang", "Golongan macam hang ni, selagi tak ditarik nyawa, tak serik".. Kalau aku, aku pun akan sakit hati... Tak hairanlah banyak remaja yang hilang pedoman mewujudkan group Kelab Remaja Lesbian, Kelab Gay, Kelab Seks Bebas dalam laman-laman sosial, apabila si ramaja yang tidak matang dihina, maka pemberontakan mengikut hawa nafsu mereka akan berlaku..

Cuba kita lihat pendekatan Rasulullah SAW dalam sirahnya dahulu, Rasulullah bermula dengan dakwah secara senyap di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam. majoriti golongan yang mula-mula beriman dengan kalimah Tauhid yang dibawa Rasulullah ialah golongan hamba yang dipandang hina. Namun bagi Allah SWT iman mereka adalah mulia. Dalam kisah yang lain, Rasulullah SAW pergi berdakwah di Thaif dengan ditemani oleh seorang remaja yang bernama Zaid bin Haritsah. Ketika sampai di Thaif, baginda dibaling batu dan najis oleh penduduk Thaif.. anda semua tahu tak siapa yang menjadi pelindung / perisai Rasulullah ketika itu??, Zaid bin Haritsah itulah yang melindungi Rasulullah. Betapa kuatnya jiwa anak muda yang disinari kalimah Tauhid dan Iman. Tapi kenapa sekarang kita tak boleh lahirkan golongan muda yang mahu bersusah-susah demi agama, bangsa, dan negara seperti Zaid bin Haritsah?. Apa silapnya dan apa puncanya?.

Baru-baru ini aku dihubungi dalam laman sosial Facebook oleh seorang lelaki gay. Pada mulanya dia mahu mengajakku melakukan perkara maksiat, namun aku menolaknya dengan penuh ihsan. Akhirnya aku menggunakan pendekatan seorang sahabat dalam menyampaikan dakwah. Akhirnya dia banyak meminta nasihat daripadaku. Dalam sesi itu juga dia mengaku bahawa dia bencikan golongan yang berilmu agama di jumpanya kerana dihina dan dicerca tanpa niat untuk membimbing. Betul sangkaanku, kalau golongan yang berilmu atau yang bertitle "ustaz" merasakan diri mereka lebih baik atau mulia dari golongan yang sering melakukan kesilapan, Allah akan berikan bala rasa bongkak dan sombong dalam diri mereka. Siapa kita untuk ada sikit pun rasa MULIA atau BAIK??.. Sedangkan Rasulullah pun beribadat sehingga bengkak kakinya walau terang-terang bergelar KEKASIH ALLAH dan dah memang confirm MASUK SYURGA.

Kemudian, aku dihubungi pula oleh seorang anak muda yang mengaku bahawa dirinya telah setahun lebih masuk Syiah. Aku menangis.. air mata aku ini memang tak boleh control.. menitis.. Aku cuba sedaya upaya ku untuk kembalikan dia kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.. sehinggakan aku berjaya buktikan semua perkara yang dia mahu tahu bersumberkan Al Quran dan Hadis. namun kerana pegangannya terhadap akidah Syiah terlalu menebal, beliau menolak usahaku.. Aku tertanya-tanya mengapa dia jadi begini sedangkan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah dia dididik dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.. namun akhirnya tersungkur dari landasan yang sebenar. Di mana ustaz-ustaz?.. di mana Pihak bertanggungjawab?.. adakah sekadar ilmu yang ditimba di Mesir, Madinah, Pakistan, Yaman, atau mana-mana tempat yang famous itu sekadar untuk menjadi ustaz atau ustazah bagi mencari kerja sahaja??.. Adakah Persatuan Agama Islam yang berdaftar di Malaysia hanya menjalankan operasi berkala sahaja sedangkan kesesatan semakin berleluasa?

Aku sedih, Kita fokus membantu nasib umat Islam di Palestin yang perjuangkan Agama dan Tanah Air mereka sedangkan Umat Islam di Tanah Air sendiri semakin terhapus pegangan agamanya.. hilang golongan pewarisnya.. semakin ganjil agama bagi mereka

Aku sedih di kala kita sibuk berbalah mengenai fahaman politik.. itu tak betul, ini tak betul, hanya aku dan pengikutku betul.. tapi golongan muda kita tidak dibimbing dengan ilmu agama dengan selengkapnya.. Apabila melangkah masuk ke universiti, ilmu agama tidak lagi menjadi kewajipan bagi mereka...

Aku sedih apabila semua orang mengutuk sesama sendiri kau berdosa, aku berpahala, akan tetapi tiada inisiatif dari kita untuk membanteras judi, maksiat, dan riba di sekeliling kita...




Aku sedih.. aku sedih.. kerana aku saudaramu.. Wallahualam

No comments:

Post a Comment