Ketika ini aku sedang menyiapkan tugasan paper research and
proposal aku yang bertajuk "Athletes awareness about Drug Abuse among
Proffesional athletes"..Biasalah nak FINAL EXAM ni, semua kena settle...
Tapi bukan ini sebenarnya topik yang aku nak kongsikan dengan antum semua
saudaraku sekalian. tapi tentang EXAM yang lebih besar iaitu EXAM Allah SWT.
Aku teringat ada seorang pakcik di kampung berjumpa dengan ku selepas majlis
pengebumian anaknya dan bertanya, "Hadhari, pakcik bukan nafikan yang kita
kena beriman dengan ketentuan Allah dan bersabar.. cuma pakcik tak tahan sebab
dah jatuh ditimpa tangga.. Bulan lepas bendang (sawah) pakcik habis diserang
ulat dan padi angin.. lepas tu isteri pakcik sakit kena operation.. sekarang
Allah sayangkan anak pakcik dan ambil dia pula.."... Ermmm soalan yang
bagus.. Kalau anda yang menghadapi situasi yang pakcik ni rasa macamana??
Baik, Aku bukanlah pandai sangat pun.. tapi sekadar ilmu yang ada
sikit dalam otak milik Allah ni aku terus kongsikan pada pakcik tu.. Aku terus
petik sirah Rasulullah SAW. Saya nak tanya pada anda semua.. jika anda ada
kekasih, adakah anda sanggup bagi susah dan payah pada kekasih anda??.. sanggup
ke anda susahkan dia sehingga dia mengalirkan air mata??. Malah, sanggup ke
anda sakitkan hati bapa saudara atau mak saudara, atau mak dan ayah dia??..
ISHHH Impossible kan??.. dah sayang mestila tak nak tengok kekasih pujaan hati
susah sampai tahap macam tu kan??.. Rakan sekalian, TAPI Allah SWT mengangkat
MUHAMMAD BIN ABDULLAH sebagai 'HABIBULLAH' apa maksudnya??.. ialah
"KEKASIH ALLAH".... Walaupun Rasulullah tidak penah buat dosa pada
Allah, malah bawa risalah dan wahyu dari Allah.. Allah bagi ujian yang terdiri
dari macam-macam ujian.. Nak tau apa??.. Saya rasa kalau kita hadapi apa yang
Rasulullah hadapi confirm surrender. hehehe.. Antaranya ialah:
1. Lahir dan membesar di dunia tanpa ibu dan bapa
2. Pemulauan dari masyarakat setempat termasuklah dalam hal jual
beli perniagaan dan hubungan sosial
3. Dituduh sebagai pengkhianat masyarakat dan negara
4. Dituduh sebagai Ahli Sihir dan wajib dibunuh
5. Dituduh sebagai orang gila atau tidak siuman (peristiwa Israk
Mi`raj)
6. Kehilangan Isteri yang disayangi, Khadijah Ummul Mukminin dan
satu-satunya pelindung diri yakni bapa
saudaranya, Abu Talib. (peristiwa tahun kesedihan)
7. Dibaling batu dan najis ketika bersama Zaid bin Haritsah
(peristiwa di Thaif)
8. Pipi tertusuk tombak tentera kafir (peristiwa perang Uhud)
9. Aisyah Ummul Mukminin dituduh berzina
10. Dikejar Quraisy yang mahu membunuh Rasulullah (Peristiwa
Hijrah)
Yang saya senaraikan tadi baru 10.. Ada banyak lagi ujian berat
yang Rasulullah hadapi... Pelik tak?. Rasulullah Kekasih Allah tapi Allah bagi
ujian macam-macam.. Kalau kita, sanggup ke nak susahkan kekasih kita??. Inilah
yang dipanggil Suatu contoh buat kita supaya kita kenal bahawa kita hamba
Allah.. Jika kita beriman dengan Allah CONFIRM Allah akan bagi ujian dan
cabaran buat kita. Sebab tu la kita kena jadikan Rasulullah sebagai misal, Role
Model, atau contoh terbaik "Uswatun Hasanah". Sebenarnya ia bukanlah
ujian semata-mata tetapi ia adalah KURNIA bagi Allah menyaksikan sendiri sejauh
mana Iman kita.
Firman Allah SWT dalam Al Quran:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu
cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui
Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang
diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta". (Al-Ankabut:
2-3)
Ayat ni sah-sah membuktikan yang kalau kita mengaku beriman kita
akan diuji keimanan kita.. Tapi Ujian ni perkara yang susah saje ke Hadhari??..
Eh tak... jangan sangka lagu tu naa.. hehehe.. Cuba kita lihat antara punca
kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyah di Turki.. apa sebabnya??.. Selain dari
perancangan Mustapha Kamal Attarturk, Empayar Khilafah Islam ketika itu juga
jatuh kerana Allah kurniakan ujian kemewahan harta, takhta, dan wanita kepada
para pembesar ketika tu.. Wahhh, senang lenang tu pun ujian ke???.. Mestila
rakan-rakan sekalian.. Ketika senang, Allah nak tengok sama ada kita ingat atau
tak kepadaNya??.. Ingat tak Halal Haram yang telah ditentukannya??, Ingat ke
tak kita kepada RasulNya??, lidah kita masih sebut namaNya atau tak??, dan
masihkah sudi kita rukuk dan sujud 5 kali sehari kepadaNya??...... Kalau tak,
Kita FAIL dan bencana lah yang akan melanda.. kalau tak di dunia, di akhirat
kelak.. PASTI!!
Antara dalil Allah menyayangi Allah mengasihi hamba-hambanya yang
sabar:
Al Quran:
“Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Muhammad : 31)
“Mohon pertolonganlah kamu sekalian dengan sabar dan mengerjakan
solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah:153)
“Sungguh akan Kami berikan cubaan (ujian) kepada kamu sekalian
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah:155)
Hadis:
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya
dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ Hadith riwayat Imam
Tirmizi
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji
oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia
menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” Hadith riwayat
Imam Tirmizi


salam. terima kasih.. well said.. congratulation..
ReplyDelete